Tahun 2014-2015 merupakan tahun yang agak sibuk sebab saya perlu habiskan pengajian sarjana. Menulis tesis memang memenatkan dan nengambil masa agak lama sebab ada bab yang tidak disiapkan dari awal... huhu...
Berbalik denagn percutian kali ni, ktorg dah beli tiket flight dari last year lagi so kira-kira setahun lepas.. sampai terlupa la tiket ni. Kami pergi bercuti hanya 3 hari 2 malam iaitu dari 4 Sept 2015- 6 Sept 2015. memandangkan rombongan kali ni tersangat ramai (15 org) sebab kawan2 K.shidah dari USM join skali kami sepakat untk pakai tourguide je. Atas nasihat kawan Indonesian kami, kami pilih Joe Dermawan sebagai tourguide.. Blh tgk FB;Joe Van Blank-on dan Instagram: joedermawan
Ktorg cuba jadikan tour kali ni mcm semi-backpackers. Guna public transport ke KLIA2. Dari batu gajah kami naik train ETS khamis petang. Tiket train ETS ni kena beli awal sebab cepat habis masa weekend dan cuti am. Sampai di KL Sentral, kami decide guna KLIA Transit dan untuk lebih jimat, kami buat transit di Putrajaya Sentral sebelum ke KLIA2. Kalau beli tiket direct ke KLIA2, tambang train adalah RM35.00, Kalau buat transit, tambang:
KL Sentral - Putrajaya Sentral = RM 9.50
Putrajaya Sentral - KLIA2 = RM 6.20
Total = RM 15.70
before departure, tinggal 6 org je sebab yg lain dah pergi sehari awal |
Backpackers style |
In KLIA Transit |
Sepatutnya flight berlepas jam 8.40pagi, disebabkan airport kuala namu hujan lebat, departure delayed almost 1 and half hour. So our plan pun tertangguh. Sampai di Airport Kuala Namu, kami di sambut tourguide yang bertanggungjawab bawa kami iaitu Mamen. then ktorg pun terus pergi makan lunch dan bertemu dgn kawan2 lain. Kalau di Malaysia, hidangan ayam penyet memang tidak asing lagi. memandangkan makanan tersebut berasal dari Indonesia, kalau di Medan, sambal penyet yang pedas tu mmg hidangan harian di sini. Kedai makan yg kami singgah ni ada pelbagai jenis hidangan penyet: ayam penyet, iga penyet, bebek(itik) penyet.
Kami teruskan perjalanan ke Kolam Air Manik yg mengambil masa dalam 3 jam dari Bandar Medan. Cara orang-orang di sini memandu memang mengejutkan dan merbahaya. memang seram sejuk je masa mula2 naik. Tourguide kami mmg bwk ke tempat -tempat yang hanya local je tau. Kolam Air manik ni mmg jernih air dy dan terletak jauh ke dalam kawasan kampung. Biarla gambar berbicara di bawah.
Kami sempat pergi satu tempat sahaja sebab perjalanan ke sini ambil masa lama. Aktiviti mandi-manda di sini pun 1-2 jam jugaak.. hhuh.. lepas mandi, kami makan malam dan meneruskan perjalan ke villa yg terletak di Parapat (2-3 jam perjalanan) sebab esk pagi kami perlu ambil feri ke Samosir Island. Nati akan sambung part lain pulak..